Info Lepas Bersalin

"Siapa Lagi Mahukan Tubuh Badan Yang Sihat dan Anggun Selepas Bersalin, Tanpa Perlu Minum Ubat Periuk Serta Jamu Yang Pahit?"

Setiap wanita yang baru bersalin mengimpikan badan yang lansing seperti sewaktu sebelum mereka bersalin. Bagi anda yang sememangnya mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan berpantang selama 44 hari dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Biarpun anda sudah bergelar seorang ibu, kecantikan dan kecergasan diri mesti dititik beratkan

Namun begitu jika tubuh badan anda tidak dirawat dengan betul, beberapa kesan-kesan bersalin seperti berikut akan anda alami:-

  • Buncit di bahagian perut
  • Badan mengalami kegemukan
  • Kulit keliling perut menjadi kendur
  • Badan menjadi lemah
  • Urat-urat badan terasa bengkak
  • Parut belang harimau pada kulit perut akibat kesan ketegangan sewaktu mengandung
  • Pinggang yang lebar
  • Luka pada jahitan di faraj

Untuk mengelakan daripada kesan-kesan buruk diatas berlaku, ramai ibu-ibu yang lepas bersalin akan berpantang dan menjalani rawatan secara tradisional di kampung selama 44 hari. Walaupun kaedah tradisional ini agak mujarab, namun, ia agak rumit dan agak sukar untuk diamalkan. Antara amalan-amalan rawatan tradisional yang terpaksa diikuti oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin adalah seperti :-

· TERPAKSA Memakai bengkung yang panjang - bengkung yang panjang sememangnya amat susah untuk dipakai dan seringkali ia memerlukan bantuan orang lain setiap kali ingin memakainya (kadang-kadang ikatan yang tidak ketat mengakibatkan perut tetap mengeleber selepas tamat waktu pantang )

· TERPAKSA Minum ubat periuk & akar kayu yang pahit & berbau yang sememangnya agak sukar untuk disediakan,

· Bertungku, bertangas, berbengkung, bertasak, mengurut dan menyediakan air rebusan setiap pagi dan banyak lagi pantang larang yang perlu diikuti yang kadangkala, sesetengah amalan itu tidak diketahui sebab musabab mengapa kita disuruh mengamalkannya..

Apakah Yang Diperlukan Oleh Ibu-Ibu Selepas Bersalin ?

Sebenarnya, untuk mendapatkan bentuk badan yang sempurna seperti sebelum bersalin, seseorang itu perlulah menjalani 3 proses rawatan, iaitu:-

1. Proses Membersihkan Sistem Dalaman Badan

2. Proses Pemulihan Tenaga

3. Proses Mengembalikan Susuk Tubuh Badan Yang Asal

Oleh itu, amalan-amalan rawatan tradisional yang tidak termasuk di dalam salah satu proses rawatan diatas, bolehlah diabaikan dan ditinggalkan kerana ia usaha yang dilakukan tidak akan berkesan dan menjadi sia-sia. 3 proses rawatan yang dinyatakan diatas juga haruslah dilakukan mengikut turutan yang betul, ia bertujuan untuk mendapatkan kesihatan yang baik serta mengembalikan semula kesuburan dan tenaga luaran mahupun dalaman. Kata orang “Badan nak pakai sampai ke tua”. . tanpa rawatan yang betul.. dikhuatiri nanti, anda mungkin akan menjadi..TUA SEBELUM WAKTUNYA.

No posts.
No posts.